Kerana Tertekan, Pelajar Bunuh Diri Selepas Video Bogel Tersebar

Seorang pelajar remaja di Florida, Amerika Syarikat membunuh diri selepas video bogelnya ketika mandi dirakam curi dan diedar di media sosial Snapchat.

Tovonna Holton, pelajar Sekolah Tinggi Wiregrass Ranch di Wesley Chapel, meragut nyawa sendiri hanya beberapa jam selepas video itu disebarkan, lapor Daily Mail di sini.

Gadis 15 tahun itu mengambil pistol dari beg tangan ibunya, sewaktu mengemas bilik, dan menembak dirinya di dalam bilik mandi, Ahad lalu, lapor portal itu yang memetik berita WFLA.

Ibunya Levon Holton-Teamer menemuinya terbaring di lantai bilik air berlumuran darah tidak lama selepas gadis itu mengemas bilik.

Ibu saudara mendiang, Angel Scott, mengetahui daripada Facebook bahawa tragedi itu berpunca daripada video bogel yang beredar dalam talian.

Pejabat polis Pasco County sedang menyiasat dakwaan kes buli siber tersebut selepas pejabat pendidikan daerah dimaklumkan tentang aduan itu.

Jurucakap polis Eddie Daniels memberitahu Tampa Bay Times bahawa pihak berkuasa sedar kewujudan video lucah tersebut dan “akan menyiasat dari segenap perkara.”

Keluarga Holton menuntut keadilan dan gambar remaja itu dikongsi di media sosial dengan tag #stopbullying atau #hentikanmembuli.

No comments