(4 Gambar) Jenazah Syed Alman Zain Selamat Dikebumikan

Jenazah menantu Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Syed Alman Zain Syed Alwi selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Ramal Luar, Kajang jam 9.50 pagi tadi.

Jenazah sebelum itu disembahyangkang di Surau An-Nur Country Height di sini, selepas dibawa dari Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), kira-kira 8 pagi tadi.



Turut hadir menziarahi jenazah di surau itu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang kemudian menyertai jemaah lain menyembahyangkan jenazah, kira-kira 9 pagi.

Syed Alman Zain, 44, suami kepada anak sulung Timbalan Perdana Menteri, Datuk Nurulhidayah, 37, meninggal dunia ketika mendapat rawatan di klinik pergigian di Bangsar, semalam.

Allayarham dilaporkan telah pergi ke klinik itu kira-kira 6 petang semalam untuk mendapatkan rawatan gigi sebelum tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia di PPUM.

No comments