Ammar Akhirnya Mohon Maaf, Buang Gelaran 'Imam Muda'

Gara-gara memuat naik kenyataan yang tidak cerdik tentang vaksin di laman Facebook, Imam Muda Ammar, dikecam netizen.

"1 kes budak yang tak vaksin, maut lalu diribut-ributkan. Oh, ingatkan 90%. Rupa-rupanya 1% pun tak sampai. Tak tahu pula Malaikat Maut tak cabut nyawa budak yang vaksin. Dan tak tahu pula budak yang vaksin dapat extra nyawa. Untunglaa.

"Ada tak vaksin selamat daripada kemalangan jalan raya? Jangan marah, tanya saja. Kalau ada PM ye," katanya.


Bukan sahaja dikecam netizen, malah kenyataan Ammar itu turut menarik perhatian Ketua Pengarah Kesihatan, Noor Hisham Abdullah, yang kecewa dengan tindakan 'tidak cerdik' individu terbabit.

BACA: Memalukan! KP Kesihatan Kritik Status FB Imam Muda Ammar

Menurut Imam Muda Fakhrul, Ammar juga telah keluar dari group WhatsApp mereka, bilamana kenyataannya itu tersebar meluas di laman sosial sehingga memaksanya 'meletak jawatan' sebagai Imam Muda.


"Ada dengar-dengar juga semalam. Tetapi tak ambil port sangat. Tetapi bila malam tadi dia left group kami sambil sempat bergurau meletakkan jawatan sebagai Imam Muda (walaupun bukan jawatan pun). Tanda dia cukup menyesal dan tertekan dengan isu ini," katanya.

Facebook 'Imam Muda Ammar' juga telah dibuang. Namun, beliau tampil dengan Facebook 'Hamba Berdosa' bagi menjelaskan lebih lanjut.

No comments