Layan Kekasih Bak Puteri, Nama Hafiz Mahamad Trending

Rasanya setiap wanita impikan pasangan yang sentiasa menghargai dan melayan seperti seorang puteri.

Baru-baru ini, kisah bintang Instagram popular, Syafiqah Aina dan kekasihnya Hafiz Mahamad jadi viral. Memang ramai wanita gigit jari dan cemburu.

Sempena ulang tahun kelahiran Syafiqah yang ke-22, Hafiz telah melakukan kejutan yang memang diimpikan oleh setiap wanita.

Demi menghargai pengorbanan teman wanita yang sentiasa ada bersamanya ketika susah dan senang, Hafiz telah menyewa sebuah limosin putih khas untuk menyambut kekasih yang tersayang.

Bukan itu sahaja, Hafiz juga membawa kekasihnya menikmati makan malam nan romantik di Restoran Berputar Atmosphere 360, Menara Kuala Lumpur yang sememangnya menawarkan pemandangan menarik di sekitar ibu kota ini.


Apa yang pasti, kata-kata ucapan romantis yang ditujukan Hafiz kepada Syafiqah buatkan ramai wanita cair dan berharap mereka juga dapat menemui ‘Mr. Right’ masing-masing.

Ramai yang memberikan komen dan menyatakan Syafiqah sangat bertuah memiliki lelaki seperti Hafiz.


Mesti gadis-gadis tengah berangan bila la nak dapat lelaki sweet macam ‘Hafiz Mahamad’. Boleh dikatakan hubungan Hafiz dan Syafiqah ini ‘relationship goal’ mereka.

No comments