Group Pedofilia Malaysia Di Telegram Cetus Kebimbangan Netizen

Gambar screenshot aktiviti kumpulan pedofilia tempatan di aplikasi Telegram, tersebar di media sosial mencetuskan pelbagai reaksi netizen.

Sehingga kini, gambar yang dimuat naik oleh Syed Azmi itu telah mendapat lebih 11,000 perkongsian di Facebook.

Syed Azmi berkata, dia menerima gambar itu pagi tadi yang dihantar oleh kenalannya.

"Berdasarkan gambar, ia perbualan pada Januari 2016. Maaf terpaksa kaburkan kerana saya telah meminta penghantarnya membuat laporan polis yang mana itu adalah tindakan yang betul untuk dilakukan.

Kata Syed Azmi, pengirim gambar telah menghantar gambar itu kepada pihak polis tapi jawapan yang diterimanya sungguh mengecewakan.

"Jadi, sekarang saya nak cuba laporkan kepada kawan saya pula. Harap dapat jawapan positif," katanya.

Syed Azmi juga mendedahkan, terdapat golongan yang masih muda turut terjebak dalam group yang tidak sihat itu.

"Salah seorang daripada mereka menggunakan nama samaran yang tertera tahun kelahirannya seperti 'xxxx86'. Cuba teka berapa usia mereka? Masih muda," ujarnya.

Justeru, Syed Azmi menasihatkan agar ibu bapa berhati-hati apabila memuat naik gambar anak-anak mereka di laman sosial.

"Nampak seperti tidak berbahaya, tetapi jika gambar anak anda sudah menjadi sasaran golongan ini, sudah terlambat untuk menyesal." katanya.

No comments