Gara-Gara Iklan Diri Cari Jodoh, Facebook Lelaki Ini 'Diserang' Netizen

Apa akan berlaku apabila seorang lelaki muda, berkelulusan akademik yang baik, berkeperibadian tinggi dan punya rupa paras yang tampan, 'mengiklankan' diri di akaun Facebook?

Sudah pasti, berduyun-duyun gadis mahu merebut peluang, dengan harapan dapat menjadi yang bertuah.

Itulah yang berlaku kepada lelaki bernama Ubaidullah Jaafar ini. Dia yang meletakkan status mencari jodoh di akaun Facebook, 'diserbu' netizen yang masing-masing punya agenda tersendiri.

Dalam deskripsi yang diletakkan Ubaidullah, jejaka berusia 25 tahun itu mahukan gadis yang berusia antara 18 hingga 25 tahun sebagai isteri.



Malah, lulusan kejuruteraan dari Universiti Tun Hussein Onn itu juga tidak berselindung apabila sempat memberitahu dia lebih suka jika dapat beristerikan gadis dari Johor, yang merupakan negeri asalnya.

Ruangan komen pada status itu menerima hampir 10,000 komen, yang kebanyakannya daripada gadis-gadis muda. Biarpun tiada yang terlalu berterus-terang, tetapi ramai yang mengambil peluang untuk mention nama rakan masing-masing.

Netizen juga tidak ketinggalan meninggalkan pesanan buat Ubaidullah agar bijak dalam memilih, apatah lagi kini dia mempunyai banyak pilihan.

Status Ubaidullah itu sudah menerima lebih 15 ribu likes dan hampir 7 ribu perkongsian sejak dimuat naik petang semalam.
Dalam status yang dimuat naik beberapa jam selepas itu, Ubaidullah berkata dia tidak nampak sebab mengapa perlu malu untuk 'mempromosi' diri, jika untuk perkara yang halal, apatah lagi jodoh adalah sesuatu yang perlu diusahakan.




No comments