(Gambar & Video) Letupan Bom Di Pusat Hiburan, 8 Cedera

Lapan pengunjung sebuah pub di IOI Boulevard Puchong Jaya cedera dalam kejadian letupan kira-kira jam 1.30 pagi tadi.

Kejadian dilapor berlaku ketika pengunjung menyaksikan perlawanan bola sepak Euro di kerusi meja terletak di kaki lima premis berkenaan.

Ketua Balai Bomba Puchong, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Hisam Mat Yasih berkata pihaknya menerima laporan daripada orang awam kira-kira jam 3 pagi sebelum sebuah jentera bersama anggota dikejarkan ke lokasi.



Anggota polis forensik masih melakukan siasatan di lokasi kejadian hingga jam 7 pagi tadi.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abd Rahim Jaafar mengesahkan kejadian.

No comments