(Gambar & Video) Hujan Air Batu Kejutkan Bukit Jalil, Perkhidmatan LRT Turut Terjejas

Penduduk di Bukit Jalil petang tadi dikejutkan dengan kejadian hujan air batu di beberapa kawasan, berikutan cuaca ribut yang turut menumbangkan beberapa batang pokok besar termasuk di Taman Teknologi Malaysia.

Hujan ribut itu bermula pada jam 6 petang hingga mencetuskan panik dalam kalangan pekerja pejabat kerajaan dan swasta di sekitar kawasan berkenaan.

Beberapa pekerja pejabat yang baru hendak pulang dari kerja terkejut apabila melihat beberapa buah kenderaan turut rosak teruk akibat dihempap pokok.

“Kami sedang berada dalam pejabat ketika terdengar bunyi yang kuat di luar bangunan. Seperti ada kekecohan berlaku, saya dan teman pejabat bergegas untuk melihat apa yang berlaku.

“Kami terkejut apabila mendapati kira-kira 10 buah kenderaan di kawasan pejabat saya dihempap pokok. Kira-kira dua atau tiga kenderaan mengalami kerosakan teruk ,” ujar seorang pengarang radio, Mogan Muniandy.

Hujan ribut itu bermula pada jam 6 petang hingga mencetuskan panik dalam kalangan pekerja pejabat kerajaan dan swasta di sekitar kawasan berkenaan.


Sementara itu, jurucakap Prasarana Berhad memberitahu, perkhidmatan LRT terjejas antara stesen Cheras dan Sri Petaling akibat gangguan bekalan kuasa.

Pihak Prasarana menyediakan bas perantara bagi kemudahan penumpang yang terjejas.

Ketika ini, beberapa pihak difahamkan mula mengalihkan serpihan objek yang menghalang laluan.

No comments