Hanis Zalikha Selamat Lahir Anak Lelaki

Pelakon dan pengacara, Hanis Zalikha, selamat melahirkan anak lelaki tepat jam 8.15 malam tadi.

Berita gembira itu dikongsi sendiri suami Hanis, Hairul Azreen, di laman Instagramnya sekitar sejam lalu.

Pasangan selebriti itu memilih nama Yusuf Iskandar untuk cahaya mata pertama mereka yang dilahirkan dengan berat 3.85 kilogram.

"Alhamdulillah. Jumaat. Isteri saya selamat melahirkan zuriat kami yang pertama. Syukur ke hadrat Ilahi," tulis Hairul Azreen yang turut memuatkan gambar beliau mendukung anak sulungnya itu.


Pasangan pelakon ini berkahwin Jun tahun lalu.

No comments