Datang Dengar Ceramah, Penyokong Pakatan Terima Hadiah Sawi

Unik. Para penyokong yang menghadiri ceramah Umum PRK Kuala Kangsar Pakatan Harapan Perak ‎malam ini mendapat 'buah tangan' berupa sayur sawi.

Sayur sawi segar itu dibawa oleh penyokong pakatan itu dari Cameron Highlands.

Situasi itu menarik perhatian wartawan yang bertugas membuat liputan ceramah berkenaan.

Sayur berkenaan diedarkan kepada pengunjung ketika ceramah sedang berlangsung.

Menurut beberapa penyokong, mereka mendapat sawi itu kira-kira jam 9:30 malam tadi.


"Sawi ini diberi secara percuma dari penyokong Pakatan Harapan. Mereka bawa dua bakul besar ke sini.

"Tadi ada petugas yang beri kepada kami, waktu ketika ceramah berlangsung,"‎jelas beberapa penyokong yang menerima sawi berkenaan.

Dalam ceramah itu, antara yang hadir ialah Penasihat DAP, Lim Kit Siang, calon Parti Amanah Negara (Amanah), Profesor Dr Ahmad Termizi Ramli dan beberapa pimpinan pembangkang yang lain.

‎Ceramah di adakan di Jalan Dato Sagor, Kuala Kangsar.

No comments