Calon PKR Mati Ditembak Pembunuh Upahan

Calon PKR bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bekenu pada Pilihan Raya Negeri Sarawak yang lalu, Bill Kayong, telah mati ditembak di Miri jam 9 pagi tadi.

Perkara itu dimaklumkan Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil menerusi aplikasi WhatsApp sebentar tadi.

"KEADILAN baru terima berita bahawa sdr Bill Kayong, calon kerusi N71 Bekenu pada PRN Sarawak yang lalu, telah mati ditembak berhampiran Emart One-Stop Shopping Mall di Senadin, Miri," tulis mesej tersebut.

No comments