Bos Enggan Bagi Cuti, Pekerja Ugut Terjun Bangunan

Seorang pekerja kilang di selatan China cuba untuk terjun dari bangunan selepas majikannya enggan meluluskan cutinya.

Menurut NetEase, insiden berlaku awal pagi semalam di Zhangshan City, wilayah Guangdong.

Selepas permohonan cutinya tidak diluluskan oleh majikannya, dia naik ke bumbung bangunan dan ingin terjun.

Anggota keselamatan dan ahli keluarga mengambil masa empat jam untuk memujuk wanita itu yang mengugut untuk terjun jika sesiapa mendekatinya.

Bercakap kepada pemberita, wanita itu berkata, dia sangat tertekan sejek kebelakangan ini dan selepas permohonannya untuk bercuti tidak diluluskan dia gagal mengawal emosinya.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada dia tetap memperoleh cuti ataupun tidak.

No comments