‘Beri Peluang Kepada Orang Islam Pulang Dahulu’

Status seorang individu bukan Islam berhubung bulan Ramadan mendapat pujian daripada netizen di media sosial.

Individu tersebut, Devaneswaran Kanesan menerusi status di Facebooknya berkata, masyarakat bukan Islam seharusnya memberi laluan kepada orang Islam untuk pulang terlebih dahulu supaya jalanraya tidak sesak.

“Dah tahu bulan puasa, biar la orang muslim balik dulu, bagi jalan kosong. Boleh la dia orang singgah kat pasar Ramadan awal..ni tak, bukan muslim balik sekali semakkan jalan, menyemakkan pasar Ramadan sampai orang yang berpuasa pula tak ada parking.

“Haiz kita bukan Islam selalu mengadu kita tidak memperolehi cukup hormat daripada orang Islam tetapi adakah kita hormat kepada mereka terlebih dahulu,” soalnya menerusi status di Facebooknya.

Statusnya itu kemudian mendapat pujian daripada netizen dan seorang pengguna media sosial Jack Masterpiece Riffkiller bro menyatakan “saya cukup hormat dan kagum status anda..terima kasih sebab hormati kami..kami orang Islam juga menghormati sikap seperti anda..cuma mungkin ada segelintir dari kami orang Islam yang tak pandai menghormati agama lain..,”.

Wiwin Darwina berkata “Setuju! ada juga yang waktu orang Islam nak berbuka , masa tu la semua kedai makan penuh..tak lama pun masa berbuka tu. Satu atau dua jam jek!,” katanya.

Badut Hensem pula berkata, “Savadi! Kalau semua rakyat Malaysia macam lu bro. Najib mesti nangis. Kudos and thumbs up. Terima kasih atas keprihatinan anda,” katanya.

No comments