'Al-Fatihah, Saya Kehilangan Rakan Berbicara...'

Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid Hamidi yang baharu sahaja kehilangan suami tercinta, menyisipkan kata-kata terindah buat Allahyarham suaminya Datuk Syed Alman Zain Syed Alwi.

Menerusi laman Instagramnya, Nurul Hidayah berkata Allahyarham suaminya merupakan seorang yang hebat dan merupakan seorang yang istimewa buatnya.

Al Fatihah. Syed Alman Zain bin Syed Alwi. Great Papa. Responsible husband. I lost someone that I can argue with. Bye sayang," katanya.

(Al Fatihah. Syed Alman Zain bin Syed Alwi. Papa yang hebat. Suami yang bertanggungjawab. Saya kehilangan seseorang yang saya boleh berbicara. Bye sayang).


Terdahulu, Jenazah menantu Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Syed Alman Zain Syed Alwi, 44, yang meninggal dunia semalam, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Ramal Luar, di sini, kira-kira jam 10 pagi ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor menziarahi jenazah di Surau An-Nur, Country Heights, sebelum solat jenazah disempurnakan ratusan jemaah.

Syed Alman Zain, suami kepada anak sulung timbalan perdana menteri, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid, meninggal dunia susulan rawatan gigi di Bangsar semalam.

Allahyarham dilaporkan pergi ke klinik pada kira-kira jam 6 petang semalam untuk mendapatkan rawatan gigi bersama seorang rakannya sebelum tidak sedarkan diri.

Menurut seorang anggota keluarga, Allahyarham dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan disahkan meninggal dunia.

No comments