Akaun Instagram, Twitter & Pinterest Milik Mark Zuckerberg Digodam

Akaun media sosial Twitter dan Pinterest milik pengasas Facebook, Mark Zuckerberg digodam oleh sebuah kumpulan yang mendakwa berasal dari Arab Saudi.

Mail Online melaporkan kumpulan menggelar diri mereka sebagai OurMine itu mengaku menggodam dua akaun berkenaan selepas mendapati Mark hanya guna ‘dadada’ sebagai kata laluan.

Akaun Twitter Mark digodam apabila penggodam memaparkan kata kunci akaun LinkedIn Mark.

Akaun Pinterest Mark pula diubah dengan grafik dan tulisan ‘Hacked By OurMine Team’.

“Hey, kami cuma menguji sistem kawalan kamu. Hubungi kami!” kata penggodam, OurMine.

Sementara itu, jurucakap Twitter menggalakkan pelayar laman sosial menggunakan kata kunci yang kuat.

Bulan lepas, LinkedIn mengaku berlaku kecurian data yang berlaku pada 2012 memberi kesan yang tidak disangka pada tahun ini.

No comments