(6 Gambar) Eksekutif Swasta Parah Dibedil 5 Das

Eksekutif sebuah syarikat swasta parah selepas terkena lima tembakan di Lebuhraya Sungai Besi, Seremban-Kuala Lumpur, di sini, 8.40 pagi tadi.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, mangsa lelaki berusia 40 tahun dikatakan memandu ke tempat kerjanya di Damansara, Selangor, sebelun didatangi suspek menaiki sebuah motosikal dan melepaskan enam tembakan.

"Akibat daripada tembakan itu dua terkena pada tangan kanan mangsa, dua di leher dan satu di dada," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian, hari ini.

Beliau memberitahu, motif kejadian masih lagi disiasat dan polis akan mengambil keterangan mangsa sebaik dia berada dalam keadaan stabil.

Difahamkan lelaki itu kini dirawat di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia.

No comments