(3 Gambar) Wanita Melecur Guna Telefon Ketika Isi Minyak Kereta

Seorang wanita melecur 60 peratus di beberapa bahagian badan termasuk mukanya akibat disambar api berpunca daripada menggunakan telefon bimbit ketika sedang mengisi minyak dalam kejadian di sebuah stesen minyak di Taman Setapak Indah dekat sini, tengah hari tadi.

Menurut jurucakap bomba, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 1.25 petang sebelum sebuah jentera dengan kekuatan lima pegawai dan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.


“Setibanya di tempat kejadian, didapati benar terdapat letupan berlaku dalam sebuah kereta jenis Perodua Axia berwarna merah yang dipandu oleh seorang wanita berusia 25 tahun namun tidak melibatkan sebarang kebakaran.

“Mangsa yang dikenali sebagai T. Sarishna mengalami lecur kira-kira 60 peratus pada bahagian badan termasuk muka dan telah dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Jelas jurucakap itu, kejadian dipercayai berpunca kerana mangsa menggunakan telefon bimbit ketika sedang mengisi minyak kereta.

No comments