Mas Kahwin Pasangan Ini Hanya Segelas Air Kosong Sahaja!

Kalau semalam kami kongsikan tentang kos perkahwinan personaliti TV9 yang hanya bernilai RM800, kisah kali ini memang lagi jimat.

Di sebuah perkampungan kecil di wilayah Indonesia, mas kahwin pasangan pengantin ini hanya segelas air kosong sahaja.

Gambar yang dipaparkan dalam akaun Facebook pemilik bernama Purwanto menunjukkan pasangan pengantin duduk di dalam sebuah masjid.

Ia sama seperti majlis pernikahan yang lain. Tapi apa yang luar biasa ialah pengantin perempuan tersebut minum segelas air.

Air putih itu merupakan hantaran pengantin lelaki kepada isterinya

Menurut Purwanto, ia bukan air biasa. Segelas air putih itu ialah hantaran yang diberikan pengantin lelaki kepada isterinya.

“Pernikahan Hari & Rohani dengan mahar segelas air minum. Langsung diminum maharnya…Semoga menjadi keluarga yang bahagia,” tulis Purwanto.

Hari dan Rohani itu ialah nama pasangan pengantin berkenaan.

Menurut sumber, pengantin lelaki itu ialah pegawai agama di Pejabat Urusan Agama Singkohol.

Ramai pengguna Facebook terkejut kerana tidak percaya bahawa pernikahan boleh dilangsungkan dengan hantaran segelas air putih sahaja.

No comments