Irwan Pernah Diketawa Kerana Mengaku Ayah Marshanda

Pelakon terkenal Indonesia, Marshanda dalam satu temu bual dengan akhbar Indonesia berkata, banyak kisah menyayat hati berlaku ke atas ayahnya, Irwan Yusuf, antaranya ditertawakan orang ramai kerana mengaku bahawa pelakon itu anak kandungnya.

"Banyak hal berat yang papa alami. Waktu itu papa lagi makan di warung. Terus dia melihat saya di televisyen, terus papa bilang kepada orang-orang disitu 'anak gue tuh'. Eh, papa malah ditertawakan orang situ," kata Marshanda petik laporan Liputan 6.

"Tidak ada yang percaya dengan ucapan papa kerana ketika itu papa hanya berpenampilan lusuh dan hanya makan di warung yang sederhana. Setelah itu, papa tidak lagi mahu menyebut saya sebagai anaknya.

"Gara-gara itu mungkin papa jadi yang enggak (tidak) ngomong (bercakap) lagi kalau dia ayah saya. Banyak yang enggak percaya, tapi papa cuek (tidak ambil kisah) saja," tutur Marshanda lagi.

Ayah Marshanda, Irwan Yusuf ditemui petugas P3S Dinas Sosial Jakarta Selatan, di kawasan Bangka, Jaksel.

[ARTIKEL BERKAITAN: Marshanda mengaku pengemis itu adalah bapanya]

Irwan mengaku sudah tiga bulan menjadi pengemis. Hal itu dilakukan untuk menyambung hidup yang kelam setelah bercerai dengan ibunda Marshanda, Riyanti Sofyan.

Sebelum ini, kecoh di Indonesia bahawa seorang pengemis mengaku bahawa dia ayah kepada Marshanda, dan akhirnya Marshanda mengakui bahawa sang pengemis itu merupakan ayahnya.

No comments