(Video) 'Syukur Adik Selamat...'

Kanak-kanak lelaki ditemui terperangkap dalam longkang besar di Emeral East, Rawang.

Kejadian dikatakan berlaku ketika kanak-kanak itu yang dipercayai bersendirian berpaut pada jaring besi penutup longkang besar, pada 12.40 tengah hari semalam.

Pada masa sama arus deras mengalir di dalam longkang berkenaan.

Operasi menyelamat kanak-kanak berkenaan dirakam dan viral hari ini selepas dipercayai dimuat naik penduduk kawasan berkenaan di laman sosial Facebook.

Operasi Penyelamatan seorang Kanak-Kanak terperangkap dalam longkang besar di Emeral East, Rawang.

Posted by Wowberita Dot Org on Monday, 21 March 2016

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Balai Bomba dan Penyelamat Rawang Nor Faizah Abd Sani, berkata pihaknya menerima panggilan, pada 12.41 tengah hari.

“Kejadian berlaku di kawasan kolam air sedutan Emerald East. Laporan awal budak lelaki 11 tahun terkandas dalam longkang besar. Dia dikeluarkan menggunakan peralatan menyelamat," katanya.

No comments