Video Seks Bocor: Hulk Hogan Terima Pampasan RM465 Juta

Mahkamah mengarahkan laman web berita dan hiburan Gawker membayar AS$115 juta (RM465 juta) kepada bintang gusti Hulk Hogan kerana menyiarkan video seksnya di atas talian.

Enam orang juri yang bersidang mencapai keputusan yang memihak kepada Hogan selepas berbincang selama enam jam berikutan perbicaraan sivil selama dua minggu di Florida.

Hogan, 62, berhujah bahawa tindakan menyiarkan videonya mengadakan hubungan seks dengan isteri seorang rakan telah menceroboh privasi dan memalukan dirinya.

Menurut peguam Hogan, video sepanjang satu minit 41 saat itu telah ditonton sebanyak tujuh juta kali.

Hogan yang kini telah bersara merupakan salah seorang penggusti paling popular di Amerika Syarikat.

Terkenal dengan pemakaian bandana dan misai melengkung, nama sebenarnya Terry Bollea.

Ketika perbicaraan, Hogan memberi keterangan bahawa rakannya Bubba Clem, seorang personaliti radio, mempunyai ‘perkahwinan terbuka’ dan mahukan isterinya mengadakan hubungan seks dengannya.

Selepas beberapa kali dipujuk, Hogan akhirnya bersetuju namun tidak menyangka perlakuannya dirakam.

No comments