Tidur Bogel Rahsia Kecantikan Nenek Jelita Berusia 50 Tahun Ini!

Di Chongqing, China, seorang nenek menjadi perhatian dan bualan hangat di media sosial kerana masih kelihatan cantik walaupun bakal memasuki usia 50 tahun pada tahun ini.

Gambar nenek yang bernama Qin Lin itu menjadi viral di internet. Gambar berkenaan dirakam pada ulang tahun kelahirannya yang ke-49 pada Ogos tahun lalu.


Lin merupakan ibu kepada dua orang anak dan turut dikurniakan seorang cucu.

Menurut laporan akhbar China, dia mengamalkan petua kecantikan semula jadi dan tidak perlu berbelanja besar untuk mendapatkan kulit yang anjal dan tegang.


Antara petua lain yang turut dikongsikan oleh Lin untuk kelihatan awet muda ialah tidur tanpa pakaian dan mandi dengan air panas.

“Selain itu, saya turut menggunakan topeng muka yang diperbuat daripada timun, yogurt, madu dan serbuk mutiara kerana ia sangat baik untuk kulit,”ujarnya.

No comments