Tahukah Anda, Pasport Malaysia Antara Paling Berkuasa Di Dunia

Pasport Malaysia disenarai antara 15 negara yang mempunyai nilai pasport paling berkuasa di dunia untuk tahun 2016.

Senarai itu dikeluarkan oleh Henley & Partners menerusi hasil dapatan kajian mereka menggunakan kaedah Henley & Partners Visa Restrictions Index yang dikeluarkan pada 24 Februari lepas.

Indeks ini telah menyenaraikan 199 buah negara (daripada 218 negara) yang mampu memberikan kebebasan untuk perjalanan kepada warga mereka berdasarkan data yang dikeluarkan oleh International Air Transport Association (IATA).

Menurut indeks tersebut juga, IATA merupakan pemegang terbesar data bagi informasi melancong dunia (the world’s largest database of travel information’).

Mata yang diberikan adalah berdasarkan jumlah negara yang boleh dikunjungi dan dilawati bagi rakyat sesebuah negara berdasarkan peraturan visa yang berkuatkuasa pada 1 Januari 2016, termasuk peraturan visa sementara.

Bagi negara dengan akses tanpa visa ke negara lain paling terhad, Afghanistan berada di kedudukan paling bawah iaitu di ranking ke 104, dengan akses ke 25 negara sahaja.

Pakistan berada di kedudukan ke-2 paling terhad dengan kebenaran masuk tanpa visa ke 29 negara dan Iraq berada di nombor 3 paling bawah, terhad kepada 30 negara sahaja.

Berikut merupakan senarai 15 negara teratas yang memiliki pasport paling berkuasa di dunia bagi tahun 2016:

Ranking, negara, visa-free access

1. Jerman, 177

2. Sweden, 176

3. Finland, Perancis, Itali, Sepanyol, United Kingdom, 175

4. Belgium, Denmark, Netherlands, United States, 174

5. Austria, Jepun, Singapura, 173

6. Canada, Republik Ireland, Korea Selatan, Luxembourg, Norway, Portugal, Switzerland, 172

7. Greece, New Zealand, 171

8. Australia, 169

9. Malta, 168

10. Hungary, Czech Republic, Iceland, 167

11. Slovakia, 165

12. Malaysia, Liechtenstein, Slovenia, 164

13. Latvia, 163

14. Estonia, Lithuania, 162

15. Poland, 161

No comments