Serpihan Ekor Pesawat MH370 Ditemui Di Afrika?

Serpihan pesawat dilaporkan ditemui di pesisiran pantai timur Afrika di antara Mozambique dan Madagascar dipercayai bahagian ekor pesawat Penerbangan Malaysia MH370, lapor NBC News semalam.

Reuters yang memetik penyiasat Amerika Syarikat menyatakan Malaysia dan Australia yang sudah melihat gambar serpihan berkenaan, rangkaian berita NBC melaporkan ia mungkin penstabil mendatar pesawat Boeing 777 MH370 yang hilang dalam perjalanan ke Beijing dari Kuala Lumpur pada Mac 2014.



Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan AS dan pihak berkuasa Malaysia dilaporkan merujuk semua soalan kepada pihak berkuasa menyiasat.

NBC melaporkan serpihan ditemui di pantai di Selat Mozambique oleh seorang lelaki Amerika yang menyiasat kehilangan pesawat itu.

Menurut NBC yang memetik memetik sumber rapat dengan siasatan, jurutera yang melihat serpihan itu menganggap kemungkinan besar ia milik MH370 dan jurutera Boeing sedang meneliti gambarnya.

Pihak berkuasa Australia memberitahu NBC, mereka sedang mengatur siasatan serpihan itu yang mungkin hanyut ke sana.

Tahun lalu, penyiasat menemui serpihan sayap pesawat itu di Pulau Reunion di Lautan Hindi.

No comments