Pelawak Pak Pie Meninggal Dunia?

Ajal maut seseorang artis boleh dibuat main-main pulak tau! Orang tu masih lagi hidup, tapi viral kat media kata dah meninggal.. Kalau sebelum ini berita palsu pasal kematian penyanyi popular lagu Winter Sonata Hazami..

Tak lama lepas tu perkara yang hampir sama berlaku kat pelawak popular Pak Pie.. Kecoh Miss A tengok kat laman sosial Twitter dan Facebook kisah Pak Piee didakwa dah meninggal dunia..

Pak Pie memang tak sihat dan kini dirawat kat Hospital Kepala Batas.. Tapi, kesihatannya semakin bertambah baik.. Tak ada pulak khabar berita mengatakan Pak Pie dah meninggal dunia..

Bila teknologi semakin canggih, mudah betul orang nak sebarkan berita palsu.. Pandai-pandai nak jadi pemberita sendiri tanpa tahu keadaan sebenar.. Kebanyakkan netizen pun dah ramai yang tak percaya dengan berita-berita seperti ini..

Yang tukang sebar berita-berita fitnah macam ni, memang sengaja nak cari publisiti murahan. Dorang tu sakit jiwa sebenarnya. Disebabkan terlampau kurang kasih sayang, maka dorang buat la cerita-cerita bangang macam ni untuk dapat perhatian orang ramai.

Kesimpulannya, kita jadikan lah perkara-perkara macam ni sebagai pengajaran.. Kalau betul-betul tak sahih, memang netizen tak percaya..

Apapun, pada Pak Pie semoga anda cepat sembuh dan dapat bergiat aktif semula dalam bidang anda.. Jangan terlalu ambil hati dengan individu yang tak bertanggungawab ini..

No comments