Model Melayu Sertai Asia's Next Top Model Dikecam Netizem

Seorang model berbangsa Melayu dikritik netizen selepas dia dipilih mewakili Malaysia dalam program realiti Asia’s Next Top Model, musim keempat.

Nooraini Mohd Noor atau lebih mesra dikenali Tuti bakal bersaing dengan 13 lagi peserta dari beberapa negara di Asia bagi merebut gelaran tersebut.

Walaupun membanggakan nama Malaysia di pesada antarabangsa, Tuti yang berusia 24 tahun itu dikritik netizen yang menyifatkan tindakannya salah di sisi agama Islam.

Name: Nuraini Noor aka TutiAge: 24Height: 175cmCountry: MalaysiaFun fact: Tuti was the winner of X Top Model Search...

Posted by Asia's Next Top Model on Tuesday, 16 February 2016

Rata-rata netizen berkata, penglibatan seorang anak Melayu dalam industri fesyen tidak membanggakan nama negara, di sebaliknya ia menandakan dunia semakin kiamat.

Ada juga yang memberi gelaran baharu kepada pertandingan tersebut, iaitu ‘Next Top Neraka’.

Berikut adalah antara komen-komen yang ditujukan oleh netizen di media sosial;


Program Asia's Next Top Model Cycle 4 yang akan disiarkan bermula 9 Mac ini jam 9 malam di saluran STAR World.

No comments