Lelaki Ini Dedah Hantaran Isterinya Hanya RM5K, Mas Kahwin Cuma RM800

Sejak beberapa hari ini, kisah viral pengantin lelaki ditumbuk kerana wang hantaran tidak mencukupi menjadi topik perbualan di media sosial.

Masing-masing menceritakan pengalaman tersendiri berkait dengan pemberian wang hantaran kepada pengantin perempuan. Ada yang membuat ukuran hantaran perkahwinan berdasarkan taraf pendidikan dan tahap agama seorang wanita.

Yang pasti wanita itu bukan untuk dijual beli. Ketahuilah hantaran cuma adat, sementara yang wajib adalah mahar atau mas kahwin iaitu pemberian daripada suami kepada isteri.

Jika diikutkan konsep mahar dalam Islam ini maka tidak akan timbullah isu 'nak jual anak', isu hantaran melampau tinggi yang akhirnya akan menyusahkan pasangan pengantin itu sendiri.

Tetapi, jika wanita itu seorang yang hebat agama dan akhlaknya, tidak salah untuk pasangan lelakinya memberi hantaran sebagai penghargaan.

Seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Abg Cha telah berkongsikan kisah isterinya yang mempunyai kelebihan agama yang cukup tinggi tetapi mas kahwin RM800 dan hantarannya hanya RM5000.

Jom kita baca apa yang ditulis beliau.

"Aku terima nikah Rabiatul Adawiah binti Mohd Sharif dengan mas kahwin RM800.00 tunai."
Duit belanja walimah urus RM5,000.00 sahaja.

Alhamdulillah isteri saya:

• Hafal Al-Quran.
• Tamat pengajian alimah.
• Pandai masak.
• Rajin mengemas.
• Taat suami.
• Tidak melawan hanya memberi pandangan.
• Sudah lahirkan 4 cahaya mata.
• Sama-sama usahakan madrasah tahfiz/anak yatim.
• Mempunyai beberapa cawangan Al-Quran.
• Ada rumah sendiri. Ada kenderaan sendiri.
• Mempunyai ratusan pelajar dan sudah ada yang pakar Al-Quran.
• Tahun ini saya umur 33 dan isteri umur 28 tahun.

Cari pasangan(Baik lelaki atau perempuan) yang punyai agama. Dunia akan susuli.
Semoga Allah swt berkati kaum muslimin dan pasangannya.

‪#‎Nanti‬ kau belajar madrasah nak makan apa? Nanti duit pun takde nak kahwin, nak beli kereta. Alhamdulillah.

"Aku terima nikah Rabiatul Adawiah binti Mohd Sharif dengan mas kahwin RM800.00 tunai."Duit belanja walimah urus...

Posted by Abg Cha on Monday, 28 March 2016

No comments