'Hina Sangat Ke Kahwin Dengan Orang Tua?'

“Hina sangat ke kahwin dengan orang tua”, kata Nur Nasirah Nazri yang berusia 18 tahun dan baru berkahwin dengan Ismail Lambak, berumur 62 tahun di Terengganu baru-baru ini.

Nur Nasirah membuat komen itu susulan gambar-gambar perkahwinannya menjadi viral di Facebook sehingga mendapat komen negatif daripada netizen yang mempersendakan perkahwinan pasangan itu.

“Perkahwinan saya sah. Bukannya buncit (mengandung) dulu baru kahwin,” tulis remaja itu di Facebooknya.

Dia turut meluahkan tidak puas hati dengan pihak bertanggungjawab yang menyebarkan gambar perkahwinannya dan mempersoalkan motif.

“Pasal orang muda seperti saya kahwin dengan orang tua jadi bahan lawak. Lawak sangat ke? Terima kasihlah jadikan saya hot stuff kejap. Banyak pahala awak sehingga nak cari dosa. Kalau saya tak maafkan awak sebab hebohkan gambar ni? Awak rasa ok tak.” tulisnya.

Selebriti dan pengacara terkenal, Faizal Ismail atau FBI sempat berkongsi gambar perkahwinan pasangan berkenaan dan mengucapkan tahniah.

“Tahniah diucapkan kpd Pak Cik Ismail Lambak 62 yang kawin dengan gadis comel 18 tahun… inilah dinamakan jodoh, jangan jeles-jeles..jadikan inspirasi.. eh?,” katanya di laman Facebooknya.

No comments