Cedera Ditumbuk, Pengantin Lelaki Tampil Buat Laporan Polis

Seorang pengawal keselamatan tampil membuat laporan polis selepas ditumbuk ketika majlis akadnya berlangsung di Masjid Jamek Al Khadijiah, Pantai Dalam, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.15 petang itu, manga yang dikenali sebagai Nor Izzat Norazman, 27, ditumbuk selepas mahu beredar dari masjid tersebut kerana tidak dibenarkan meneruskan majlis akad nikah gara-gara tidak menyediakan wang hantaran mencukupi sebanyak RM15,000.

Selain mencederakan dirinya, keluarga pihak perempuan turut merosakkan kereta milik keluarga mangsa sehingga ada yang kemek.

Mangsa juga menuntut pihak perempuan membayar ganti rugi kepadanya kerana semua perbelanjaan majlis nikah itu menggunakan wang miliknya.

Artikel berkaitan:

1. "Pengantin Bertumbuk Bukan Sebab Hantaran, Tapi..."

2. Gambar Pengantin Minta Hantaran RM15,000 Jadi Viral

3. Pengantin Kena Tumbuk Duit Hantaran Tak Cukup

No comments