Budak Maut Jatuh Tingkat 14 Kuarters Kerajaan Di Putrajaya

Seorang kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh dari balkoni rumahnya di tingkat 14 dalam kejadian di Blok 5R4 Presint 5 di sini hari ini.

Kejadian pada pukul 8.30 pagi itu mengakibatkan Muhammad Hafiey Qayyum Mohd. Syazwan, 4, maut ketika mendapatkan rawatan di Hospital Putrajaya.

Seorang tukang cuci yang enggan dikenali berkata, dia tergamam apabila menemui mangsa dalam keadaan mengiring ke kanan ketika sedang asyik menyapu di kawasan tempat letak kereta.

"Saya terus panggil rakan untuk melihat keadaannya yang masih hidup ketika itu. Mereka kemudian menghubungi ambulans untuk membawa mangsa ke hospital," katanya.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Rosly Hassan ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

No comments