'Bersyukurlah Sekolah Asrama Tidak Hasilkan Generasi Sombong' - Cikgu Emmet

Nampaknya isu adik kepada pengacara dan pelakon, Neelofa mengkritik sekolah kerajaan masih menjadi perbualan, biarpun empunya diri sudah pun memohon maaf.

Dalam kalangan pendidik, khususnya di sekolah kerajaan, apa yang diutarakan Nur Ameera itu memberi bekas yang bukan sedikit.

Seorang guru, melalui akaun Facebook 'Bila Cikgu Emmet Menulis', meminta Ameera mendalami kisah seorang kanak-kanak yang juga muridnya, yang bernama Cynthia Mili.

Nama dia Cynthia Mili. Baru berumur 7 tahun. Tinggal di asrama. Kecil tubuhnya. Saya melihat dia dari jauh. Mula mula...

Posted by Bila Cikgu Emmet menulis on Monday, 7 March 2016

Mungkin kerana latar belakang kehidupan, Cynthia, dan kebanyakan murid di pedalaman Sarawak, sudah belajar mengenal erti hidup seawal usia tujuh tahun lagi.

Dalam usia yang masih hijau, cerita Cikgu Emmet, mereka mengurus diri sendiri, saling bergantung dan percaya satu sama lain.

Kualiti yang dimiliki itu tentunya akan terus dibawa dan akan membentuk mereka menjadi individu yang berani, rajin dan tidak menyusahkan orang lain apabila dewasa kelak.

Kisah Cynthia itu diharap dapat menjadi pengajaran buat mereka yang dilahirkan dalam kesenangan, agar sentiasa bersyukur dan merendah diri.
Status Cikgu Emmet itu kini sudah mencatat 12,000 likes dan lebih 4,000 perkongsian.

No comments