'Sekolah Swasta Memang Ajar Berpakaian Macam Ni Ke?' - Netizen

Belum pun reda dengan kontroversi yang membandingkan kelebihan sekolah swasta dan kerajaan, nama Ameera sekali lagi menjadi bualan netizen.

Kali ini, adik kepada Neelofa ini sekali lagi dikecam oleh netizen apabila memuat naik foto beliau memakai pakaian yang agak jarang sehingga menampakkan bentuk buah dadanya meskipun berhijab.

Ada yang beranggapan foto tersebut tidak perlu dimuat naik kerana ia seakan menambah lagi dosanya dan sebagai seorang yang berhijab Ameera perlu menjaga penampilannya agar ia tidak menimbulkan fitnah.

"Better delete gambar ini. Akak-akak semua tak adalah baik sangat, memang semua orang buat silap tetapi gambar seperti ini tidak perlu diupload. Sebelum upload, fikir 2 3 kali dulu. Banyak orang nak stalk, lagi-lagi adik berhijab. Jadi kenalah fikir dulu sebelum upload gambar seperti ini. Nampak sangat dah singlet itu. Akak tengok pun malu," tulis Hanny Wong.

Malah ada yang mempersoalkan, adakah ini imej seorang pelajar sekolah swasta seperti yang dibanggakan Ameera.

"Sekolah swasta memang ajar berpakaian macam ini ke? Sia-sia bayar mahal-mahal, last-last jadi bangang. Pakai tudung pula tu," tulis Mr Caperolaloque pula.

Hurm, biasalah remaja mereka masih mengenal dunia dan belum arif tentang keputusan yang dibuat tetapi kadang-kadang fikirlah juga kalau foto itu agak tidak bersesuaian janganlah tekan je butang upload tu.

No comments