(15 Gambar) Tujuh Maut Dalam Kemalangan Van, Lori Di Senai

Tujuh maut dalam satu kemalangan membabitkan sebuah lori dan van kilang di Jalan Seelong berhampiran Kampung Seelong Jaya, di Senai, Johor pagi tadi.

Enam mangsa termasuk tiga wanita maut di tempat kejadian manakala seorang lagi disahkan meninggal dunia di Hospital Kulai.

Dua lagi mangsa yang cedera kini sedang menerima rawatan.


Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Putra, Norarasyil Azim Norahmat, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 6 pagi dan pihak bomba menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 6.16 pagi.

Sebuah jentera dengan tiga anggota bergegas ke lokasi kejadian sebaik sahaja menerima panggilan.

Sehingga kini, maklumat penuh mangsa dan punca kemalangan masih dalam siasatan.


No comments