(10 Gambar) Mayat Lelaki Ditemui Tergantung Di Pokok Di Kawasan Hospital

Seorang anggota tentera berpangkat koperal ditemui mati tergantung di sebatang pokok di kawasan Hospital Besut di sini pagi ini.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Khaled Che Lah berkata, mayat mangsa ditemui oleh seorang kakitangan hospital tersebut kira-kira jam 8 pagi ini sebelum menghubungi polis.

Mangsa yang berusia 39 tahun bertugas di sebuah kem tentera di Pangkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan berada di kawasan hospital itu kerana menunggu bapanya yang sedang dirawat sebuah wad hospital berkenaan.

Menurutnya, mangsa yang lengkap berpakaian ditemui tergantung dengan seutas dawai pada pokok mangga di belakang wad hospital berkenaan.

Khaled berkata, mangsa berasal dari Felda Selasih di sini dan punca kematian masih dalam siasatan polis.

No comments