Saiful Nang Hina Tanah Haram Berdasarkan Cakap Pemandu Teksi Arab Badwi?

Apabila seorang jurugambar yang kita ragui pendirian sebenarnya mengenai Islam telah menyebarkan fitnah dan memburukkan Tanah Suci Mekah, menurut sumber hanya berdasarkan kononnya cerita pemandu teksi Arab Badwi maka kita perlu perbetulkan pandangan yang salah tersebut bukannya menyebarkan ia, seolah-olah fitnah tersebut benar belaka.

BACA: 'Ada Banyak Sarang Pelacuran Di Tanah Haram..' – Saiful Nang


Sebelum ini pun Saiful Nang banyak membuat kenyataan yang menghentam kerajaan Malaysia seolah-olah beliau yang merupakan seorang jurugambar tahu segala-galanya. Rakyat Malaysia perlu berpegang pada kebenaran, bukannya fitnah dan pembohongan lagi.

Dibawah ini merupakan saranan dari facebook Dr Asyraf Wajdi berkenaan kenyataan fitnah Saiful Nang :-

USAH SEBAR STATUS FB DAN WHATSAPP SEORANG PHOTOGRAPHER YANG MENDAKWA MAKKAH ADA RUMAH PELACURAN.
Nasihat saya kepada mereka yang membaca status FB seorang photographer dan blogger yang mendakwa banyak rumah-rumah pelacuran di sekitar Makkah, usah share di FB masing-masing.
Jangan cemari wall FB kalian dengan status yang kotor. Status yang boleh merendah-rendahkan Tanah Haram pada mata orang Islam sendiri.
Kalau pun benar di Makkah ada aktiviti pelacuran, orang Mukmin tidak akan rela menyebar, menyiar dan membuka keaiban saudara seIslam dengan cara sebegini.

Apatah lagi ia adalah dakwaan, fitnah dan tuduhan yang didengar entah dari siapa…

Sesungguhnya membuka dan menyebar keaiban saudara seIslam adalah sifat munafiq.

Apatah lagi keaiban yang direka cipta dengan tujuan memburuk-burukkan dan merendah-rendahkan dua tanah Haram pada mata orang Islam sendiri.
إِنَّ الَّذِينَ يُحِبُّونَ أَن تَشِيعَ الْفَاحِشَةُ فِي الَّذِينَ آمَنُوا لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ ۚ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ
Sesungguhnya orang-orang yang suka terhebah tuduhan-tuduhan buruk dalam kalangan orang-orang beriman, mereka akan beroleh azah siksa yang tidak terperi pedihnya, di dunia dan di akhirat. Dan ingatlah Allah maha mengetahui sedang kamu tidak mengetahui. (surah al-Nur: 19)
(Nasihat daripada sahabat saya Ustaz Lokmanulhakim)

No comments