Polis Evo Kutip RM8 Juta Selepas 11 Hari Tayangan!

Filem Polis Evo nampaknya terus mendominasi kutipan tiket di pawagam dengan kutipan mencecah RM8 juta selepas 11 hari tayangan.
Kutipan itu adalah selepas dikira hasilnya di 101 buah pawagam di seluruh Malaysia dan Brunei.

Sambutan yang sangat memberangsangkan untuk minggu kedua tayangan ini didorong oleh reaksi positif para peminat yang telah menontonnya sejak 17 September 2015 lalu.

Menerusi sosial media, rata-rata peminat berpuas hati dan tidak menyangka dengan hasil kualiti yang terdapat pada filem Polis Evo yang dilihat mampu bersaing dengan filem antarabangsa lain.

Rata-ratanya memuji jalan cerita serta aksi yang terdapat pada filem ini.

Interpretasi kisah hidup dan perjuangan anggota polis Malaysia telah disampai dengan naratif yang tersendiri untuk filem aksi ini.

Filem Polis Evo adalah hasil karya asal tiga anak muda Gen Y yang mendapat biasiswa daripada Astro dan kini berkhidmat untuk Astro Shaw iaitu Joel Soh, Kyle Goonting dan Anwari Ashraf.

Ideologi dan nafas baru yang disampaikan mereka adalah hasil pemikiran kreatif untuk menarik semula minat penonton ke panggung bagi menonton filem tempatan.

Filem yang mendapat sentuhan oleh pengarah Ghaz Abu Bakar ini telah diterajui oleh Shaheizy Sam dan Zizan Razak sebagai watak utama.

No comments