(7 Gambar) Suami Isteri Mati Dikelar Penyamun

Kuala Ketil - Sepasang suami isteri ditemui mati di ruang tamu rumah di Taman Desa Bidara, Kuala Ketil tengah hari ini selepas mereka dipercayai menjadi mangsa samun.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, mangsa Zahari Yahya dan Salmah Hussin, masing-masing berusia 60 tahun, dijumpai mati disyaki akibat kecederaan parah di leher dipercayai akibat dikelar dengan senjata tajam.

Difahamkan, mayat pasangan pesara Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani dan Klinik Kesihatan Kuala Ketil terbabit ditemui dalam keadaan terlentang oleh anaknya yang pulang untuk makan tengah hari di rumahnya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah Asisten Komisioner Mohd Nashir Ya berkata, siasatan mendapati kedua-dua mangsa maut disebabkan beberapa tetakan di belakang leher dengan menggunakan senjata tajam.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.


No comments