Harga Terkini RON95, RON97 & Diesel Mulai 1 Februari 2015

Seperti sedia maklum, harga bagi petrol RON95 dan RON97 serta diesel ditentukan berdasarkan kepada pasaran semasa dunia susulan penarikan subsidi oleh kerajaan Malaysia bermula 1 Disember 2014.

Oleh itu, harga runcit bagi RON95, RON97 dan Diesel akan ditetapkan pada setiap awal bulan berikutnya.

Bagi harga runcit terkini RON95, RON97 dan diesel pada 1 Februari 2015, kerajaan menerusi KPDNKK telah mengumumkan harga rasmi ketiga-tiga bahan bakar tersebut menerusi media pada 31 Januari 2015.

Harga baru bagi RON95 adalah RM1.70 seliter manakala RON97 (RM2.00 seliter) dan diesel (RM1.70 seliter) berkuatkuasa mulai 12.01 tengah malam 1 Februari 2015.

Harga Terkini RON95, RON97 & Diesel Mulai 1 Februari 2015 (Rasmi)

RON95: RM 1.70 seliter
RON97: RM 2.00 seliter
Diesel: RM 1.70 seliter

Rasmi: Pengumuman harga rasmi bagi ketiga-tiga bahan bakar tersebut telah diumumkan KPDNKK pada 31 Januari 2015.

Pengumuman Rasmi Harga RON95, RON97 & Diesel Mulai 1 Februari 2015


Harga Terdahulu RON95, RON97 & Diesel Mulai 1 Januari 2015

Sila klik Harga Minyak Petrol & Diesel Mulai 1 Januari 2015

No comments