Amran Kecewa, Keknis Bukan 'Miliknya' Lagi - Admin Amran Fans

"Amran kerja pam minyak, mana mampu nak jaga die. Lain lah budak tu. Artis, Pelakon, Beach-Boy pandai lompat lompat pusing sana sini. Tak hairan lah kalau die tak pandang Amran."

Nada Amran di 'page' Facebook Amran Fans menggambarkan kesedihan melampau apabila 'kekasihnya', Hanis Zalikha yang selalu disebut-sebut di dalam lamannya dilamar pelakon Hairul Azreen semasa program akhir Gegar Vaganza pada malam Ahad.

Amran turut membandingkan dirinya yang dikatakan hanya seorang pekerja di pam minyak yang tidak layak untuk melamar Hanis berbanding Hairul yang merupakan seorang pelakon.

Page Facebook Amran Fans menyatakan kesedihan apabila Keknis dilamar Hairul semasa program akhir Gegar Vaganza - Gambar Facebook Amran Fans
Amran pada masa sama turut menghubungi Astro AWANI dan memberitahu kekecewaannya kerana tindakan Hanis yang lebih mesra dengan panggilan Keknis yang menyatakan persetujuan kepada lamaran tersebut.

"Tiada apa-apa lagi, tiada lagi cerita baru, Keknis pula buat hal hari ini," jelasnya.

Hairul muncul di pentas Gegar Vaganza bersama penari kumpulan Kristal yang menyanyikan lagu Bruno Mars, Marry Me.

"Saya mahu awak jadi teman baik saya. Saya mahu awak jadi rakan kongsi perniagaan saya dan saya mahu awak jadi isteri saya yang sah," kata Hairul ketika menyatakan lamaran itu.

Hanis pula terdiam dan menjawab InsyaAllah sebelum ditanya semula Hairul dan akhirnya mengangguk bersetuju.

"Ya, saya terima lamaran ini," katanya.

Bagaimanapun Amran cuba menyembunyikan kesedihannya di dalam catatan simbolik di page Amran Fans dengan mengatakan lebih rela digigit nyamuk dan mengidap denggi kerana Keknis sudah tidak lagi memperdulikannya.

"Amran bangun pagi tengok dekat tangan ada nyamuk . Amran tak nak tampar, biar Amran kene denggi . Keknis bukan kesah pun kan ? Keknis suka tengok Amran sakit kan . ? Puas hati ?!," katanya di dalam catatan itu.

Page Facebook Amran Fans menyatakan kesedihan apabila Keknis dilamar Hairul semasa program akhir Gegar Vaganza - Gambar Facebook Amran Fans
Hanis Zalikha merupakan seorang penulis blog, model, pelakon dan pengacara yang pernah dicalonkan untuk anugerah Most Influential Blog Award pada tahun 2011.

Sementara Hairul merupakan pelakon drama Misiku Kuza selain pernah menjadi Juara program Fear Factor Selebriti Malaysia.

Dalam pada itu laman Twitter turut dihujani pelbagai reaksi mengenai lamaran terbuka berkenaan.


Page Amran Fans sebelum ini pernah ditutup pengurusan laman sosial Facebook kerana didakwa menerima terlalu banyak repot dan tidak mengikut undang-undang laman tersebut.

Page Amran Fans sebelum ini mendapat lebih 300,000 like dan sering mendapat tempat di hati peminat dengan catatan berbentuk humor selain dengan terbuka menyatakan perasaan hati kepada Hanis Zalikha.

No comments